Sunday 25 September 2011

Masalah Yang Akan Timbul Akibat Dari Wanita Bekerja DI Luar Rumah


1. Kehidupan anak-anak akan terumbang-ambing, mereka tidak akan mendapat kasih sayang seperti yang diberikan oleh ibunya sendiri, adlah sukar untuk mereka perolehi kasih sayang dari orang lain.

2. Wanita yang bekerja di luar rumah pada masa sekarang biasanya bercampur dengan lelaki dan mereka ini akan membahayakan pendenganya dan akan merosakkan akhlak dan agamanya.

3. Wanita yang bekerja di luar rumah kebiasaannya membuka wajah,bersolek, dan memakai wangi-wangian yang dapat menimbulkan fitnah bagi lelaki dan bagi dirinya.
Sabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud:
"Tidak ada fitnah sesudahku yang lebih berbahaya bagi orang lelaki selain fitnah ditimbulkan oleh orang wanita".

4.Wanita suka mengikut seleranya seperti, bersolek, memakai perhiasan dan pakaian yang indah-indah apabila dia keluar bekerja, maka banyaklah duit dihabiskan semata-mata untuk tujuan membeli pakaian dan perhiasan. Akibat dari perbuatan ini maka ia akan terjerumus kejurang israf (berlebih-lebihan) yang dilarang oleh agama.

Syarat-Syarat Wanita Bekerja Di Luar Rumah Apabila Keadaan Terpaksa


Darurat membolehkan sekadar keperluan wanita, bila wanita terpaksa bekerja di luar rumah tetapi harus mematuhi syarar-syarat berikut:-

1. Mestilah mendapat izin ibu bapa atau suami (orang yang bertanggungjawab) dalam hal keluar rumah untuk pekerjaan mubah, seperti belajar bagi anak perempuan atau menziarah orang sakit.

2. tidak boleh bercampur dengan lelaki yang bukan muhrimnya, apalagi berduan-duan (khalwat) sebagaimana telah diketahui haramnya menurut syara'.

3. Tidak boleh bersolek dan tidak boleh mendedahkan perhiasannya yang akan menimbulkan fitnah.

4. Tidak boleh memakai wangi-wangian.

5. Hendaklah wajib memakai hijab, memakai baju yang menutupi seluruh tubuh dengan mengikut ketentuan syara' pembuatannya.

Sebab-sebab Wanita Tidak Patut Bekerja Di Luar Rumah



1. Wanita wajib baginya memakai hijab menurut syar'i sebagaiman telah diterangkan dulu.

2. Wanita adalah haram membuka wajahnya yang dapat menimbulkan fitnah, sedangkan membuka wajah sudah mendaji satu kebiasaan bagi wanita yang bekerja di luar.

3. Wanita adalah haram bercampur dengan lelaki yang bukan muhrimnya.

4. Wanita adalah haram bersolek untuk memperlihatkan kecantikkannya pada lelaki yang bukan muhrimnya,mana hal begini sentiasa terjadi terhadap wanita yang sentiasa bercampur dengan lelaki.

5. Wanita adalah aurat dan intan permata yang wajib diperlihara dan dijaga dengan rapi.

6. Wanita sentiasa sibuk dalam menguruskan dan tanggungjawabnya terhadap anak dan suami.

7. Wanita adalah fitnah yang melanda orang lelaki.


Wanita Yang Bekerja Di Luar Rumah


Kaum wanita yang bekerja di luar rumah adalah merupakan satu kesalahan. Ini adalah kerana wanita tidak dapat disamakan dengan lelaki dalam semua tugasnya, tubuh wanita itu adlah lemah dan tidak memiliki kekuatan sebagaimana orang lelaki. Hal ini disebabkan beberapa sebab antaranya:-

1. Haid:
Haid yang datang secara rutin sepanjang masa menyebabkan dia harus berehat dan tidak patut dibebani dengan pekerjaan dan apa sahaja yang boleh mendatangkan bahaya sehinggalah darah haid keluar terus yang mengakibatkan dia jadi lemah.

2. Hamil:
Hamil memang sulit dan melemahkan tubuh wanita yang menyebabkan dia tidak sanggup bekerja.

3. Melahirakan dan Nifas:
Dalam dua peristiwa ini merupakan puncak penderitaan yang mengkhuatirkan. Akibat melahirkan, darah banyak keluar dari badan wanita sehingga menyebabkan wanita itu lemah oleh itu tidak patut bekerja.

4. Menyusui dan Mengasuh anak:
Menyusui anak yang dilahirkan menghabiskan masa dua tahun. Meberi makan dan menyusui dengan air susunya, menjagadan mendidiknya. Oleh kerana itu, tugas wanita adalah dirumah, mengurus dan mendidik anak0anak adalah tanggungjawabnya.

5. Tubuh wanita:
Kerana tubuh wanita mengandungi tugas hamil,melahirkan , menyusui dan mengasuh anak, maka sudah pasti jasmaninya berbeza dengan jasmani lelaki yang tidak menanggung tugas seperti wanita.

Ringkasan:
Sesungguhnya jasmani wanita yang haid, hamil, melahirkan, nias, menyusui anak , maka tidak memiliki masa , kekuatan,dan keupayaan untuk menyamai pekerjaan lelaki. Sekalipun dia bekerja hanyan sekadar kemampuannya sahaja.

Takutlah Kepada ALLAH.



Takutlah kamu kepada Allah s.w.t wahai wanita yang suka berdandan dengan bermaam-macam perhiasan di hadapan manusia. Takutlah kepada Allah s.w.t wahai kaum wanita yang keluar rumah dan pergi ke pasar-pasar dengan tidak memakai hijab. Takutlah kepada Allah s.w.t wanita-wanita yang suka berampur dengan lelaki, kamu melihat mereka dan mereka melihat kamu. Ingatlah wahai wanita bahawa perbuatan-perbuatan
itu haram bagimu. 

Takutlah kamu wahai kaum muslimat kepada Allah s.w.t. dab bertaubatlah kamu kepada Allah s.w.t apabila kamu sekalian membuat kemungkaran. DEMI ALLAH SESUNGGUHNYA AZAB ALLAH ITU SANGAT PEDIH.

Wajib atas kamu kaum wanita yang beriman kepada Allah s.w.t dan hari akhirat, menjaga lidanya dan tidak boleh memperdengarkan suaranya kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya dan tidak boleh berbicara dengannya, ini adalah kerana suara perempuan itu aurat,tidaklah boleh diperdengarkan kecuali sekadar keperluan yang memerlukan. 
Haram bagimu melihatlelaki selain muhrimmu tanpa uzur (tanpa ada alasan). Wajiblah bagi orang mukmin menghindari diri dari terperosok pada penglihatan yang haram,kerana penglihatan itu laksana anak panah yang dilepaskan dari busur IBLIS.

Sedikit Nasihat Tentang Bersolek Dan Memperlihatkan Muka


1. Meniru tindak tanduk musuh-musuh Allah hukumnya haram.

2. Bersolek, mempamerkan kecantiikan hukumnya hara.

3. Kaum wanita yang pergi sembahyang raya apabila disertai bersolek hukumnya makruh.

4. Kaum wanita lebih utama bersembahyang di rumah daripada di masjid.

5. Kaum wanita diizinkan pergi ke masjid dengan syarat tidak memakai wangi-wangian dan lain-lain hal yang 
dapar membangkitkan nagsu syahwat orang lelaki.

6. Menggenbirakan kaum wanita agar tetap di rumah dan mengingatkan dirinya itu adalah aurat.

7. Lelaki dilarang aurat sesamanya ddemikian juga wanita dilarang melihat aurat wanita lain.

8. Perintah menjaga aurat dan larangan membukanya.

9. Lelaki bersama wanita yang bukan muhrimnya di tempat yang sunyi dari pandangan mata manusia adalah 
laksan serigala dan kambing di tempat yang sunyi.

10. Wanita tidak boleh berjalan dengan lelaki yang bukan muhrimnya.

11. Pandangan adalah laksana anak panah yang dilepaskan dari busur panah syaitan.

12. Penyebab utama timbulnya fitnah adalah dari kata-kata manis yang keluar dari mulut wanita sewaktu 
bercakap dengan lelaki yang bukan muhrimnya.

Saturday 24 September 2011

Bahayanya Bersolek




Kembali kepada huraian yang lalu maka jelaslah bahawa bersolek itu mendatangkan bahaya kepada lelaki dan perempuan dunia dan akhirat. Bersolek adalah haram hukumnya bagi kaum wanita baik ianya masih muda atau pun sudah tua, samada wanita itu cantik atau pun hodoh.

Bersolek kaum wanita boleh mengakibatkan negetif yang besar dan juga bahaya yang besar. Bersolek juga boleh mendatangkan kepada keretakkan dan kemusnahan rumah tangga, dan dengan bersolek mengakibatkan fitnah dan kehancuran.


Kaum wanita yang besolek sesungguhnya telah diperdaya oleh SYAITAN dengan tipu dayanya dan menyimpang dari tuntutan Al-Quran dan Sunnah. Dengan melanggar ketentuan Allah s.w.t. akan mengakibatkan mereka terjerumus kejurang kefasikkan dan kemaksiatan.


Wahai saudariku kaum muslimat, hindarilah perbuat bersolek dan menonjol-nonjolkan perhiasan dan kecantikkan pada lelaki yang bukan muhrimnya. Janganlah terlalu kerap keluar rumah tanpa uzur syar'i..

Bersolek (tabarruj) #3 dalil-dalil tentang haramnya bersolek

Al-Qoran dan Al-hadis keduanya merupakan sumber pokok untuk menentukan hukum syar'. Didalam Al-Quran dan Al-Hadis terdapat larangan dan haramnya bersolek dan disertai pula dengan ancaman SIKSA yang sangat PEDIH, ini adlah kerana terdapat banyak mafsadat dan bahayanya.
Antara dalil-dalilnya:

1. Firman Allah SWT dalam surah Al-Ahzab:
yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku seperti orang-orang jahiliah".


Maksud ayat diatas adalah menganjurkan para wanita supaya tetap tinggal di rumah, tidak boleh keluar tanpa ada hajat yang penting, kerana yang demikian itu lebih selamat dab lebih terjamin (dari fitnah dan sebagainya
)



Sabda Rasullah s.a.w:
yang bermaksud: "Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, maka bila dia keluar dari rumah maka syaitan sentiasa menunggu-nunggunya".  (Hadis Riwayat Tarmizi)


Secara khususnya surah Al-Ahzab ayat 33 ditujukan kepada para ister nabi Muhammad s.a.w, tetapi seara umunya dituju pula kepada semua kaum muslimat. Ini adalah kerana para isteri nabi ialah ibu semua orang mukmin, maka merekalah yang menjadi panduan dan contoh peribadi yang baik bagi kaum muslimat yang lainnya sepanjang masa.


Al-Quran berkata: "Walau pun ayat itu tertuju isteri-isteri nabi Muhammad s.a.w wanita-wanita lain juga termasuk di dalamnya walaupun tidak ada dalil serupa yang ditujukan kepada semua wanita. Maka dapatlah difahamkan bahawa betapa banyaknya peraturan-peraturan dalam islam yang memerintahkan agar kaum wanita hendaklah tetap tinggal di dalam rumah, dan tidak boleh keluar kecuali dalam keadaan darurat.


Dalam  sebuah kisah di ceritakan bahawa Siti Saudah isteri Rasuulah s.a.w telah ditanya oleh seseorang : "Mengapakah kamu tidak berhaji dan umrah seperti saudara-saudaramu?"
Maka berkatalah Siti Saudah : "Saya telah berhaji dan berumrah, kemudian Allah S.W.T telah memerintahkan supaya saya diam di rumah". Perawi hadis berkata: "Demi Allah dia(Siti Saudah) tidak pernah keluar dari pintu biliknya sehinggalah jenazahnya dikeluarkan


2.Dalil lain yang menunjukkan haramnnya bersolek terdapat dalam surah An-Nur ayat 31:
Yang Bermaksud " "....... dan jangan lah mereka memperlihatkan perhiasannya, kecuali apa yang biasa dilihat padanya".


Perhiasan terbahagi kepada 3 bahagian :
1. Pakaian yang indah-indah
2. Perhiasan (emasa,intan dan sebagainya)
3. Perhiasan yang dipakai oleh wanita untuk menghias muka, menghias bahagian-bahagian tubuh yang lain (kuku, jari, tapak tangan dan lain-lain) yang mana dalam zaman moden ini dikenali dengan nama "make up"



AL-Quthubi berkata : "Perhiasan itu ada dua, perhiasan semula jadi dan perhiasan buatan".

1.Perhiasan semula jadi adalah keantikkan wajah dan keindahan tubuh yang tercipta sejak manusia lahir.
2.Perhiasan buatan adalah barang-barang yang dipakai seperti pakaian dan perhiasan-perhiasan lainnya...
Ini semua termasuk dalam firman Allah S.W.T yang bermaksud :
"Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya".
(suran An-Nur ayat 31)

Bersolek (tabarruj) #2 hukum bersolek

HUKUM BERSOLEK


Bersolek hukumnya haram menurut Al-Quran, hadis dan ijmal para ulamak ini adalah kerana keseluruhan anggota tubuh wanita itu adalah aurat. Orang yang bukan muhrimnya sedikit pn tidak boleh melihat rambut, tubuh, perhiasan mahu pun baju dalamnya.


Adapun mendedahkan tubuh,rambut, bersolek, mempamerkan kecantikkan dan perhiasan yang kebanyakkannya dilakukan oleh wanita hari ini tidak lain hanyalah membuat maksiat. Ini adalah disebabkan kebodohan wanita itu sendiri dengan meniru pakaian orang-orang kafir yang mana akhirnya menimbulkan fitnah.


Apabila seorang wanita itu keluar dengan memperlihatkan kepalanya (tanpa bertudung), memperlihatkan tengkuknya, dadanya serta mendedahkan betisnya adalah dia itu termasukdalam KEMUNGKARAN BESAR yang menyimpang dari ketentuan syara'.


Dan wanita wanita yang keluar dengan pakaian yang memperlihatkan bahagian bahagian yang merangsangkan atau memakai baju yang nipis yang dapat melihat terus auratnya, maka kesemua itu adalah tergolong dalam bersolek yang DIHARAMKAN oleh Allah dan Rasulnya.


Dosa-dosa besar yang sering dilakukan oleh wanita-wanita hari ini ialah keluarnya mereka dari rumah dengan berhias dengan bermacam-macam perhiasan, memakai wangi-wangian, memperlihatkan bahagian yang mengghairahkan serta bercampuran dengan lelaki. Kesemua ini adlah menjadi KEMURKAAN ALLAH dan akan membawanya kepada SIKSAAN ALLAH YANG SANGAT PEDIH.







Bersolek (tabarruj) #1 pengertian

Apakah pengertian bersolek?
Apa pula hukum bersolek serta dalil-dalil tentang haramnya bersolek??
Adakah bersolek itu mendatangkan bahaya kepada si pemakai?
Apa pula bahayanya?

Tahukah anda wahai wanita-wanita muslimah akan setiap jawapan pada soalan-soalan di atas??

PENGERTIAN BERSOLEK (TABARRUJ)

1. Bersolek adalah memperlihatkan wanita akan kecantikkan dan kerupawanannya yang mestilah wajib ditutup kepada lelaki yang bukan muhrimnya

2. Memperlihatkan wanita akan kecantikkannya kepada lelaki yang bukan muhrimnya, yang termasuk menampakkan kecantikkannya adlah membuka dan mempamerkan keelukkan serta bahagian bahagian susuk tubuh yang mengghairahkan. Seperti pinggang, lengan, betis, dada, leher dan wajahnya.

Abul A'la Ala Maududi mengatakan "Kalimat tabarruj bila ditunjukkan pada wanita mengandungi 3 makna:

1. Memperlihatkan kecantikkan wajah dan bahagian bahagian yang merangsangkan pada lelaki yang bukan muhrimnya.

2. Memperlihatkan kecantikkan, pakaian, dan perhiasannya pada lelaki yang bukan muhrimnya.

3. Memperlihatkan diri sambil berjalan berlenggang lenggok dan menunjukkan gayanya pada lelaki yang bukan muhrimnya.